Di PMI kita komited untuk menjalankan perniagaan dengan beretika serta dengan integriti, kejujuran, rasa hormat dan keadilan. Untuk memenuhi komitmen ini, kita bergantung kepada kakitangan dan pihak pengurusan, rakan niaga dan pihak – pihak yang berkepentingan untuk mengenalpasti dan menangani sebarang salah laku dengan berkesan.

Anda boleh bertanya soalan, mengemukakan kebimbangan, atau melaporkan ketidak patuhan terhadap Kod Tatakelakuan, polisi PMI atau undang – undang dan peraturan yang sebenar atau yang disyaki dengan menghubungi mana – mana pihak berikut:

  • Pengurus PMI, ketua jabatan, atau barisan kepimpinan syarikat sekutu atau fungsi, serta Jabatan Etika & Pematuhan, Jabatan Perundangan, Risiko & Kawalan, dan Jabatan Sumber Manusia.
  • Peti mel Jabatan Etika & Pematuhan di
    PMI.EthicsandCompliance@pmi.com
  • Talian Bantuan Etika & Pematuhan PMI, ialah saluran pelaporan yang dikendalikan oleh pihak ketiga dan tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dalam semua bahasa yang dituturkan di PMI. Anda boleh menghubungi Talian Bantuan dalam talian di www.compliance-speakup.pmi.com atau melalui telefon di talian +1 303-623-0588. Anda boleh menggunakan Talian Bantuan Pematuhan PMI secara tanpa nama, tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan.

Malaysia market-Tatakelakuan-Kita-cover extended 3

Proses Bersuara PMI

Bersuara adalah sebahagian penting dalam kerja kita dan sentiasa dialu alukan. Syarikat tidak bertolak ansur sama sekali terhadap tindakan balas terhadap individu yang bersuara dengan niat baik mengenai pelanggaran pematuhan yang disyaki atau berkerjasama di dalam penyiasatan yang dijalankan. Untuk maklumat lanjut mengenai proses Bersuara di PMI, sila rujuk kepada Kod Tatakelakuan PMI.
BACA SETERUSNYA