Selamat datang ke Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM). PMM adalah sebuah syarikat anak Philip Morris International (PMI) dan kini mempunyai tenaga kerja kira-kira 380 kakitangan di Malaysia. Pada 1968, PMI menceburi pasaran Malaysia dengan penjualan dan pengedaran jenama rokok Marlboro. Sejak itu, portfolio ini telah berkembang maju untuk merangkumi L&M, Chesterfield, Sampoerna A dan Bond Street. PMM juga mengendalikan kilang cast leaf di Seremban. Kemudahan eksport 100% ini adalah yang terbesar di dunia bagi PMI.

Pada tahun 2016, PMI mengumumkan untuk membina masa hadapan PMI berlandaskan produk bebas asap yang merupakan pilihan yang lebih baik berbanding menghisap rokok biasa. Produk pertama sepertinya, iaitu sejenis sistem pemanasan tembakau kini sudah boleh didapati di Malaysia serta pasaran di seluruh dunia di bawah jenama IQOS

~380

Orang

Fakta penting

JENAMA UTAMA

IQOS, Heets, Marlboro, L&M, Chesterfield, Sampoerna A dan Bond Street

Masa hadapan tanpa asap

PMI ialah syarikat tembakau antarabangsa yang terkemuka dan kini kami telah membuat keputusan dramatik. Kami sedang membina masa hadapan berlandaskan produk-produk bebas asap yang merupakan pilihan yang lebih berbanding dengan merokok.

Dengan ini, kami akan bergantung kepada kekuatan dalam membina jenama-jenama hebat, dalam innovasi dan penciptaan, dan dalam melebihi jangkaan konsumer. Syarikat kami telah melabur lebih USD 12.5 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan saintifik untuk menghasilkan produk alternatif kurang membahayakan berbading rokok. 

Pengurangan kemudaratan tembakau

Seiring usaha kerajaan mencegah permulaan penggunaan tembakau dan menggalakkan perokok untuk berhenti, semakin ramai pihak berkuasa kesihatan awam dan pakar percaya langkah memberi perokok produk alternatif yang kurang membahayakan boleh membawa manfaat besar kepada kesihatan awam. Pendekatan mereka sering dirujuk sebagai “pengurangan kemudaratan tembakau."

Pengurangan kemudaratan tembakau boleh memainkan peranan meningkatkan dalam kesihatan awam jika produk baharu yang dibangunkan memenuhi dua syarat. Pertama sekali, ia seharusnya mempunyai risiko lebih rendah daripada penggunaan rokok berterusan. Kedua, ia seharusnya memuaskan agar perokok semasa beralih kepada produk baharu ini sepenuhnya.

Merokok dan kesihatan

Download

PMM Sustainability Report 2021

download

Ibu Pejabat

Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd.
Level 25, 1 Powerhouse
No. 1, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

+603 2080 5600 +603 2093 8300

Kilang 'Cast Leaf'

Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 3971 Oakland Industrial Park
70200 Seremban
Negeri Sembilan
Malaysia

Bersuara

Di PMI kita komited untuk menjalankan perniagaan dengan beretika serta dengan integriti, kejujuran, rasa hormat dan keadilan. 
Saluran Bersuara di PMI tersedia untuk kakitangan dan pihak berkepentingan luaran untuk melaporkan secara sulit tentang salah laku yang disyaki.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat laporan, klik di sini.

Berkongsi cerita ini