reg
MENGENAI KAMI

Peraturan

Pendekatan Yang Wajar

 

 Risiko-risiko berkaitan merokok yang diketahui umum telah mendorong pihak berkuasa untuk mengenakan kawalan yang lebih ketat dan cukai yang lebih tinggi terhadap rokok berbanding produk-produk konsumer yang lain – pada masa yang sama, rokok masih boleh didapati untuk orang dewasa. Memang tidak boleh diragui bahawa produk-produk tembakau patut tertakluk kepada peraturan dan kawalan yang ketat. Rekod telah menunjukkan bahawa kami menghormati pihak berkuasa – dan peranan kepimpinannya – dalam melindungi kesihatan awam.

Ada kalanya, kami telah membantah syarat-syarat kawalan seperti menyingkirkan jenama daripada kotak rokok kami dan memaksa pengguna memilih produk-produk di mana miripnya hampir sama antara satu sama lain. Kami masih percaya bahawa kotak rokok tanpa jenama atau ‘plain packaging’ mengandaikan perokok dewasa tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Dan kami tidak setuju bahawa pengharaman rokok adalah wajar bagi perokok-perokok atau masyarakat umum.

Dengan keperluan komprehensif yang sedia ada untuk mengawal hampir semua aspek perniagaan rokok, soalannya adalah: apakah rancangan untuk mengatasi keperluan lebih satu bilion orang yang masih merokok?

Jawapannya, pada pandangan kami, adalah innovasi – dalam produk serta polisi. Sementara kami mencipta masa hadapan bebas asap rokok, keutamaan kami sedang berubah. Teknologi yang dihasilkan oleh kami dan pihak-pihak lain sudah mampu megalih pasaran tembakau dan nikotin ke arah masa depan di mana rokok digantikan dengan alternatif-alternatif kurang berbahaya, memuaskan dan bebas asap rokok. Dalam konteks ini, kawalan yang wajar, peraturan berdasarkan risiko produk-produk bebas asap rokok, digabungkan bersama kawalan ke atas rokok, dapat membantu mengatasi bahaya yang disebabkan oleh merokok dengan lebih efektif – dan cepat – berbanding cadangan kotak rokok tanpa jenama atau ‘plain packaging’ serta cara-cara kawalan tradisional yang lain.

Untuk lebih jelas, peraturan harus diteruskan supaya individu tidak mulai merokok dan menggalakkan pemberhentian merokok. Walau bagaimanapun, ianya amat jelas bahawa jutaan lelaki dan wanita akan terus merokok dan mereka harus mempunyai peluang untuk bertukar kepada alternatif-alternatif yang lebih baik.

Berkongsi cerita ini