Market Page Banner
COUNTRY

Malaysia

malaysia - shape

Selamat datang ke Godfrey Phillips (Malaysia) Sdn Bhd (GPM) dan Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM). PMM dengan tenaga kerja lebih daripada 500 kakitangan di Malaysia hari ini, merupakan kumpulan syarikat Philip Morris International Inc. (PMI).  PMI adalah sebuah syarikat tembakau antarabangsa terkemuka dengan ibu pejabatnya di New York, dan menghasilkan banyak jenama rokok yang laris di dunia. PMI mula menceburi pasaran Malaysia pada tahun 1968 menerusi GPM yang ditubuhkan untuk menjual dan mengedar Marlboro.

Fakta-fakta Penting


Bilangan Kakitangan

Lebih 500 orang


Jenama Utama

Marlboro, L&M, Sampoerna A 

Sejak tahun 1998, GPM bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua aktiviti jualan domestik PMI di Malaysia. Jenama-jenama lain yang dijual oleh GPM ialah L&M dan Sampoerna. Buat masa ini, PMM mengendalikan kilang ‘Cast Leaf’ di Seremban, yang menggunakan habuk dan tangkai tembakau untuk mengeluarkan tembakau yang dibentuk semula. Ianya digunakan sebagai salah satu komponen adunan dalam Pemprosesan Utama di pusat pengilangan PMI di seluruh dunia. Fasiliti 100% untuk eksport ini adalah yang terbesar di dunia bagi PMI dan produknya dieksport ke syarikat-syarikat PMI yang lain di seluruh dunia.

PMM memainkan peranan aktif dalam masyarakat di kediaman serta tempat kerja kakitangan kami. Selama ini, kami telah menyokong pelbagai inisiatif sosial, termasuklah pembangunan Pusat Teknologi Komunikasi Maklumat (‘ICT’) di kawasan bandar dan luar bandar, pemberian komputer riba untuk menyokong pendidikan serta membantu masyarakat orang asli tempatan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air tanpa gangguan. Kami juga terlibat secara aktif dalam perlaksanaan program tahunan Kembali ke Sekolah (‘Back-to-School’) di mana kami mengagihkan peralatan keperluan asas sekolah kepada keluarga miskin di kawasan luar bandar, di samping menghulurkan bantuan untuk memperbaiki taraf hidup golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia menerusi inisiatif membaiki rumah-rumah mereka.

Ibu Pejabat

    Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd.
    16th Floor, Menara Milenium, No. 8
    Jalan Damanlela
    Bukit Damansara
    50490 Kuala Lumpur
    Malaysia

Godfrey Phillips (Malaysia)

    Godfrey Phillips (Malaysia) Sdn Berhad
    16th Floor, Menara Millenium, No. 8 
    Jalan Damanlela
    Bukit Damansara
    50490 Kuala Lumpur
    Malaysia

Pusat Panggilan

Kilang 'Cast Leaf'

    Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd.
    Lot 3967/3968 Oakland Industrial Park
    70200 Seremban

Berminat untuk sertai kami?