Kami sedang menghasilkan dan menguji produk-produk yang mempunyai nikotin tanpa asap rokok yang berbahaya – yang masih dapat memuaskan pengguna. Sejak 2008, kami telah melaburkan lebih USD 3 bilion dan melantik lebih 400 saintis, jurutera dan juruteknik bertaraf antarabangsa.
Jutaan pengguna sudah beralih kepada produk-produk bebas asap rokok pertama kami. Keutamaan kami adalah jelas – mengalihkan jutaan perokok dewasa kepada alternatif-alternatif kurang berbahaya dengan secepat mungkin dan untuk tidak merokok secara berterusan.
Produk-produk baru ini hanyalah untuk perokok dewasa dan bukan untuk mereka yang tidak pernah merokok atau bekas perokok.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia, meskipun pelbagai kempen berhenti merokok telah dijalankan, lebih satu bilion orang akan merokok menjelang tahun 2025. Walaupun tidak ada pengganti yang lebih baik selain berhenti dari merokok, kami percaya kami akan mencapai impak besar terhadap kesihatan awam dengan menawarkan alternatif bagi merokok.
Kami sedang menghasilkan produk-produk baru yang berpotensi untuk menggantikan rokok. Untuk mencapai matlamat ini, kami menggunakan teknologi yang tidak memerlukan pembakaran dan yang menghasilkan wap yang mengandungi nikotin yang penuh rasa dan memuaskan (tanpa asap).
Seluruh organisasi penyelidikan dan pembangunan kami bertumpu kepada penghasilan produk-produk yang memuaskan dan kurang berbahaya berbanding dengan rokok untuk perokok dewasa serata dunia.