16-07-27_pmi_day-3-6935
Sains dan Inovasi

Produk-Produk Baharu untuk Perokok

Mencipta alternatif-alternatif yang kurang berbahaya berbanding dengan Rokok

Asap daripada rokok mengandungi nikotin, konstituen semulajadi dalam tembakau serta bahan-bahan kimia lain yang berbahaya. Toksin-toksin ini – bukannya nikotin – adalah penyebab utama penyakit berkaitan merokok. Kami sedang menghasilkan produk-produk alternatif bagi rokok, yang mengandungi nikotin dan masih boleh memberikan kepuasan kepada perokok, tetapi tanpa asap.

Kami telah memberi tumpuan dalam dua cara untuk mencapai matlamat ini, di mana kedua-duanya adalah untuk menghapuskan pembakaran tembakau. Cara pertama adalah untuk memanaskan tembakau supaya ia menghasilkan wap nikotin yang penuh rasa yang mengurangkan kadar bahan kimia berbahaya di dalam wap tersebut. Cara kedua adalah untuk menghasilkan wap nikotin tanpa menggunakan tembakau. Dan ini hanyalah permulaannya.

Holding an iQOS

Produk Tembakau yang Dipanaskan

Menerusi penyelidikan dan pembangunan yang rapi, kami telah berjaya mencipta dua produk tembakau dipanaskan serba maju: IQOS dan TEEPS. Setiap satu ciptaan memanaskan tembakau dengan cara yang tersendiri.

Menerusi teknologi elektronik canggih, IQOS memanaskan tembakau yang disediakan dan di adun khas pada suhu di bawah 350°C, tanpa pembakaran, api, abu, atau asap. Proses ini menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa, yang membebaskan rasa sebenar tembakau dipanaskan. Tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran. Inilah yang menjadikan IQOS produk bebas asap rokok sangat menarik kepada perokok, dengan berjuta-juta pengguna sudah pun membuat pertukaran kepada produk serba baharu ini. 

Sistem pemanasan IQOS kini boleh didapati dalam dua versi. Versi pertama berfungsi dengan tiga komponen utama, batang tembakau (dinamakan HEETS atau HeatSticks), pemegang IQOS, dan pengecas. Versi kedua menggabungkan pemegang dan pengecas dalam satu unit tunggal dan membolehkan penggunaan berulang kali. Kedua-dua versi beroperasi dengan cara yang sama: Pengguna hanya perlu memasukkan batang tembakau di dalam pemegang, yang seterusnya dipanaskan oleh bilah pemanas elektronik. Pengguna kemudian menghisap batang tembakau. Setelah selesai, pengguna mengeluarkan batang daripada pemegang dan ia boleh dibuang dengan selamat ke dalam bakul sampah. Apabila perlu, pengguna mengecas semula pemegang dengan memasukkannya ke dalam pengecas. 

Platform 2: TEEPS

Sama seperti IQOS, TEEPS memanaskan tembakau bagi mengeluarkan rasa sebenarnya. Tetapi TEEPS menggunakan sumber pemanasan alternatif untuk mengekstrak rasa tembakau dan nikotin daripada daun tembakau: ia dipanaskan dengan karbon dan ianya menyerupai sebatang rokok, tetapi ia bukanlah rokok. Sumber haba karbon ini adalah di penghujung TEEPS bila ianya dinyalakan. Haba kemudiannya dipindahkan kepada palam tembakau yang diproses secara unik. Pengguna akan menghisap dari TEEPS untuk menarik wap bernikotin penuh rasa sehingga habis. Rekaan istimewa yang dipatenkan untuk TEEPS menghalang pembakaran tembakau.

Produk-produk Tanpa Tembakau

Kami juga sedang membangunkan dua platform produk yang mengandungi nikotin tetapi tanpa tembakau. Kedua-duanya menggunakan nikotin yang diekstrak daripada daun tembakau. Produk bebas tembakau ini menghasilkan wap mengandungi nikotin dengan cara yang berbeza. 

Satu daripada platform produk memanaskan e-cecair yang mengandungi nikotin dan perisa dengan pemanas elektrik untuk menghasilkan wap. Platform ini termasuk produk e-rokok seperti Nicociq dan Vivid yang boleh didapati di U.K., dan Solaris di Sepanyol. Juga termasuk adalah IQOS MESH, produk vape generasi baharu keluaran kami.

 

Platform 4: MESH

Teknologi pemanasan IQOS MESH menggunakan jaringan logam dengan lubang kecil untuk memanaskan penutup e-cecair sedia diisi tertutup, (dinamakan VEEV) yang mengandungi nikotin gred farmaseutikal dan perisa untuk menghasilkan wap. Dalam setiap penutup VEEV, terdapat pemanas MESH baharu, jadi tidak perlu digantikan secara manual. IQOS MESH turut dilengkapi ciri pemanasan diaktifkan melalui hembusan dan sistem pengesanan tahap cecair rendah yang memastikan ketekalan dan kualiti wap yang dihasilkan dan disedut. 

Penambahbaikan ini menangani kebimbangan yang kini dihadapi pengguna vape dewasa berhubung dengan kualiti, keselamatan, ketekalan dan sumber e-cecair. Teknologi pengewapan baharu kami, bersama tujuh perisa e-cecair baharu unik kami, kini boleh didapati di U.K. 

 

Berkongsi cerita ini