science-innovation
Sains Dan Innovasi

Gambaran Keseluruhan

Visi kami adalah untuk menawarkan pilihan yang lebih baik kepada perokok

Kami sedang menghasilkan dan menguji produk-produk yang mempunyai nikotin tanpa asap rokok yang berbahaya – yang masih dapat memuaskan pengguna. Sejak 2008, kami telah melaburkan lebih USD 3 bilion dan melantik lebih 400 saintis, jurutera dan juruteknik bertaraf antarabangsa.

Jutaan pengguna sudah beralih kepada produk-produk bebas asap rokok pertama kami. Keutamaan kami adalah jelas – mengalihkan jutaan perokok dewasa kepada alternatif-alternatif kurang berbahaya dengan secepat mungkin dan untuk tidak merokok secara berterusan.

Produk-produk baru ini hanyalah untuk perokok dewasa dan bukan untuk mereka yang tidak pernah merokok atau bekas perokok.

16-07-28_pmi_day-4-9123-22577e8bc6c7468f696e2ff0400458fff

Mencipta alternatif-alternatif lebih baik yang memuaskan bagi sebilangan besar perokok

Satu pendekatan yang wajar untuk kesihatan awam

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia, meskipun pelbagai kempen berhenti merokok telah dijalankan, lebih satu bilion orang akan merokok menjelang tahun 2025. Walaupun tidak ada pengganti yang lebih baik selain berhenti dari merokok, kami percaya kami akan mencapai impak besar terhadap kesihatan awam dengan menawarkan alternatif bagi merokok.

Itulah sebab kami membuat pelaburan yang besar untuk produk-produk alternatif yang memuaskan perokok dewasa sambil menawarkan alternatif yang kurang berisiko berbanding dengan rokok.


16-07-27_pmi_day-3-6333-3

Penghasilan alternatif-alternatif kurang berbahaya berbanding dengan rokok

Produk-produk Baharu untuk Perokok

Kami sedang menghasilkan produk-produk baru yang berpotensi untuk menggantikan rokok. Untuk mencapai matlamat ini, kami menggunakan teknologi yang tidak memerlukan pembakaran dan yang menghasilkan wap yang mengandungi nikotin yang penuh rasa dan memuaskan (tanpa asap).

Kami sedang mereka produk-produk teraju ini supaya perokok dewasa beralih kepada produk-produk ini.

160727_pmi_neuchatel--28_aerosol_labo---d36a7124-2

Sains yang mendalam dan ujian yang teliti

Penyelidikan dan pembangunan saintifik yang canggih

Seluruh organisasi penyelidikan dan pembangunan kami bertumpu kepada penghasilan produk-produk yang memuaskan dan kurang berbahaya berbanding dengan rokok untuk perokok dewasa serata dunia.

Kami sendiri telah menetapkan standard saintifik yang amat tinggi dan menjalani program penilaian yang amat teliti. Kami juga menjemput pengesahan dari pihak luar terhadap keputusan saintifik kami.


Berkongsi cerita ini
Ketahui lebih lanjut

 Ketahui lebih lanjut di PMIscience.com