Produk bebas asap kami
Visi kami adalah untuk menggantikan rokok dengan produk-produk bebas asap yang sedang kami hasilkan dan pasarkan. Produk-produk serba baharu ini direka cipta untuk menghasilkan wap bernikotin yang penuh rasa dan memuaskan, tanpa pembakaran dan tanpa asap rokok.
Portfolio produk bebas asap
kami yang sedia ada mengandungi empat produk pada pelbagai peringkat pembangunan dan pengkomersialan.
IQOS
, produk pertama sepertinya, kini sudah boleh didapati di pasaran di seluruh dunia.
Di Malaysia, kami telah mengkomersialkan
IQOS
produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran pada November 2018. Produk baharu ini kini boleh didapati di gedung khas terpilih yang menjual produk tanpa asap rokok dan juga gedung serbaneka di bandar-bandar utama di Lembah Klang serta Pulau Pinang dan Johor Bahru. Malaysia ialah pasaran pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan produk tembakau dipanaskan, berikutan kejayaan di Jepun dan Korea Selatan.
Jenama-jenama rokok kami
Portfolio jenama-jenama rokok antarabangsa dan tempatan kami diterajui oleh jenama rokok antarabangsa paling laris,
Marlboro
.
Marlboro
dilengkapi dalam kategori harga premium bersama
Parliament
dan
Virginia S
.
Jenama-jenama harga pertengahan utama kami ialah
L&M, Lark, Merit, Muratti
, dan
Philip Morris
. Jenama-jenama antarabangsa yang lain adalah
Bond Street, Chesterfield, Next
, dan
Red & White
.
Di Malaysia, portfolio produk kami mengandungi lima jenama, iaitu Marlboro, L&M, Bond Street, Chesterfield dan Sampoerna A .